Popular Posts

Wednesday, 24 July 2013

Warna warni kehidupanku

Assalamualaikum w.b.
Lama sungguh tidak menjenguk alam maya ini. Sedar x sedar dah hampir 11 bulan saya berhijrah dan bermukim di penempatan baru. Sememangnya sebagai  'orang baru' begitu banyak cabaran, rintangan dan dugaan yg harus saya hadapi. Persediaan mental dari segi ketahanan jiwa dan sikap toleransi yg penuh tawaduk sangat2 diperlukan, tambahan pula saya sudah lama tinggalkan 'skill'  ditempat baru, makanya terpaksa la saya mengasah dan membina minda utk menajamkan kembali pengetahuan serta praktikal bagi menyelaraskan kelicinan kerjaya saya ditempat ' baru' ini.
Alhamdulillah... dgn bantuan dan sokongan moral dr rakan2 baru seangkatan saya serta kritikan demi kritikan ( sama ada yg membina @ menikam jiwa) akhirnya saya boleh jua melalui fasa fasa yg penuh keperitan ini, Alhamdulilah...
Kini Ramadhan sudah pertengahan bulan.. kesibukan kerjaya ditempat baru ini tidak langsung menggugat semangat utk terus bersama sama menyediakan diri menyambut Syawal. Alhamdulilah.. 1 & 2 Syawal insyaALLAH.. dptla saya & suami bersama pulang kampung halamanku Perak Darul Ridzuan utk bersama sama menyambut ketibaan Syawal bersama mak dan ayah serta adik adikku.Dapat jua saya dan suami bersahur & berbuka puasa bersama adik beradikku serta mak dan ayah( cuma adik ke2 tidak bersama kerana tugasan ). Sempat jualah kami berterawih bersama mak dan ayah.. syukur Alhamdulilah.. Semua itu atas izinNYA..
Oppss... kena berhenti dulu setakat ini sebab masa utk saya ke dapur.. ( nak masak utk sahur) sekian wassalam.. Amin.. ;-)

No comments:

Post a Comment