Anakku, setiap kali mama & Abimu ini mendengar 'berita gembira' dari sahabat handai serta saudara maramu.. mama & Abimu menerima jua dengan gembira dan bersyukur dengan kurniaan Illahi.
Namun anakku, ketahuilah kamu, mama & Abi sangat2 rindukan kamu..
Rindunya kami berdua kepadamu tidak terhingga sehingga tidak dapat diluahkan dengan apa jua perkataan atau tinta keramat ini, namun kerinduan ini masih lagi dapat dibendung dengan kesabaran yang tinggi menantimu anakku.
Anakku... janganlah kamu sangka mama & Abi ini tidak menanti dan mengharapkanmu. Sesungguhnya mama & Abi mu ini telah berusaha dengan berbagai cara demi untukmu sayang..
wang ringgit, masa, maruah dan juga keringat telah mama & Abi ini mencuba demi semata mata untukmu sayang..
Namun itu semua tidak penting, walau habis wang ringgit, walau banyak masa yang Abi & mama telah bazirkan walau Abi & mama telah banyak menebalkan rasa malu, Abi dan mama tidak kisah asalkan Abi serta mama boleh berjumpa denganmu sayang...
Anakku... kalau dirimu sungguh mahu belaian dari mama & Abi, apatah lagi kami ini.. mama tahu Abimu ingin sekali memegangmu, membelaimu, memelukmu, menciummu serta mama tahu
Abimu itu kepingin sangat untuk mengazankan serta mengqamatkanmu... tapi mama tahu, belum masanya sayang..
Anakku... andai kamu rindukan kami berdua, mama & Abi lagi sangat sangat rindukan kamu...
Anakku... berdoalah agar kita dapat ketemu suatu masa nanti...
Mama & Abi tidak putus putus memohon padaNYA agar kita dipertemukan nanti..
Mungkin saat dan ketika ini DIA tidak mengizinkan kita bersama..
Hanya DIA sahajalah mengetahui segala hikmahnya.. mama serta Abi ini tetap bersangka baik padaNYA kerana itu adalah kehendakNYA.. Segala qada dan qadar darinya kami terima anakku.. kerana mama dan Abi percaya ada hikmah disebaliknya.
Anakku janganlah jua kamu berpaling berputus asa ye sayang.. mama masih menanti menaruh harapan untuk bersamamu,
memelukmu dan membelaimu bersama sama Abi... Tenanglah dulu kamu disana sehingga sampai saatnya nanti DIA akan menghantarkanmu kepada mama dan Abi... insyaALLAH....
#mama rindu kehadiranmu#
sayangawak
WARNA WARNI KEHIDUPANKU
Popular Posts
-
Hmmm... Dah lama aku tak menjenguk blog nih...maklumla urusan2 rasmi & yg x rasmi senantiasa mengiringi aktiviti harianku... Sekarang al...
-
Assalamualaikum w.b. Lama sungguh tidak menjenguk alam maya ini. Sedar x sedar dah hampir 11 bulan saya berhijrah dan bermukim di penempata...
-
Anakku, setiap kali mama & Abimu ini mendengar 'berita gembira' dari sahabat handai serta saudara maramu.. mama & Abimu mene...
-
Hari ini hari ke2 aku bercuti, dalam kesibukan urusan rasmi aku sebagai 'housewife' ni, sempat jugak aku mencuba resepi baru yang ...
-
Indahnya hidup ini jika dikelilingi insan2 tersayang yg memahami & menghormati tanpa mengira status @ umur... Namun hr ini diri ini rasa...
-
Alhamdullilah... sebulan menyambut Ramadhan, syawal menjelma menunaikan hasrat gembira bagi umatNYA yang berpuasa dengan penuh barakah UNTUK...
Monday, 19 August 2013
Warkah untuk anakandaku..
Saturday, 17 August 2013
Raye 2013
Alhamdullilah... sebulan menyambut Ramadhan, syawal menjelma menunaikan hasrat gembira bagi umatNYA yang berpuasa dengan penuh barakah UNTUKNYA ... Tidak ketinggalan diri ini & suami... syukur ke hadrat illahi dengan penghijrahan ke tempat baru ini Ramadhan pd kali ini, terawih dapat ditunaikan walaupun tidaklah penuh, syukur dengan hikmahnya... Pada Ramadhan kali ini jua dapat berbuka senantiasa berdua kami suami isteri seperti pasangan yang normal.. Alhamdulilah.. syukur sangat2...
Raye 2013 ini cuti hanya raya 1 & ke 2 sahaja..maklomler... orang baru, namun sempat jua balik ke Kuala Kangsar beraya bersama mak ayah & adinda adindaku, yg sedihnya adinda ke 4 tiada tahun ini mengikut giliran beraya di rumah mertuanya pada tahun ini, namun hati ini puas kerana dapat berkumpul bersama saudaraku.. Raye tahun ini tiada baju baru, coz tak sempat pun nak memikirkan tentang baju atau kuih muih, namun rezeki ditempat baru.. kuih muih ditaja pula dari pejabat suami..
so.. *dengan senyuman- save budget membeli kuih* Apapun raye pada tahun ini tetap bersyukur kerana dapat bersama dgn keluarga.. itu yang penting.. yeeayy... Happy hari raye aidilfitri!!!!!
Wednesday, 24 July 2013
Warna warni kehidupanku
Lama sungguh tidak menjenguk alam maya ini. Sedar x sedar dah hampir 11 bulan saya berhijrah dan bermukim di penempatan baru. Sememangnya sebagai 'orang baru' begitu banyak cabaran, rintangan dan dugaan yg harus saya hadapi. Persediaan mental dari segi ketahanan jiwa dan sikap toleransi yg penuh tawaduk sangat2 diperlukan, tambahan pula saya sudah lama tinggalkan 'skill' ditempat baru, makanya terpaksa la saya mengasah dan membina minda utk menajamkan kembali pengetahuan serta praktikal bagi menyelaraskan kelicinan kerjaya saya ditempat ' baru' ini.
Alhamdulillah... dgn bantuan dan sokongan moral dr rakan2 baru seangkatan saya serta kritikan demi kritikan ( sama ada yg membina @ menikam jiwa) akhirnya saya boleh jua melalui fasa fasa yg penuh keperitan ini, Alhamdulilah...
Kini Ramadhan sudah pertengahan bulan.. kesibukan kerjaya ditempat baru ini tidak langsung menggugat semangat utk terus bersama sama menyediakan diri menyambut Syawal. Alhamdulilah.. 1 & 2 Syawal insyaALLAH.. dptla saya & suami bersama pulang kampung halamanku Perak Darul Ridzuan utk bersama sama menyambut ketibaan Syawal bersama mak dan ayah serta adik adikku.Dapat jua saya dan suami bersahur & berbuka puasa bersama adik beradikku serta mak dan ayah( cuma adik ke2 tidak bersama kerana tugasan ). Sempat jualah kami berterawih bersama mak dan ayah.. syukur Alhamdulilah.. Semua itu atas izinNYA..
Oppss... kena berhenti dulu setakat ini sebab masa utk saya ke dapur.. ( nak masak utk sahur) sekian wassalam.. Amin.. ;-)
Monday, 21 January 2013
Warna warni kehidupanku
Sedih, pilu, rasa spt telah diperkotak katikkan tanpa belas kasihan pula.... Apa harus aku lakukan!!! hanya ALLAH sahaja yg dpt beri petunjuk.....
Sunday, 20 January 2013
Warna warni kehidupanku
Permulaan ditempat baru memang penuh cabaran & dugaan buat kami suami isteri, namun alhamdullilah.. Sokongan suami sangat bermakna disamping semangat yang kuat aku dapat melaluinya.. Terima kasih suamiku atas segala pengorbananmu....
Sekarang , setelah hampir 4 bulan aku bermukim ditempat baru, baru sekarang aku dapat menyesuaikan diri...)
Harapanku kini agar kerjayaku kini biarlah sukses, tenang & agar aku & suami di anugerahkan rezeki dariNYA.... insyaALLAH....